Monday, April 5, 2010

USUL POLITIK PERKASA DAN UNDI CINA DI HULU SELANGOR

Pilihanraya Hulu Selangor menyaksikan Orang Cina tidak mengundi BN walaupun Dato Seri Najib telah menghulurkan jutaan ringgit untuk masyarakat oeng Cina di Hulu Selangor. PERKASA telah menghidu gerakan politik orang Cina masakini dan hasrat mereka yang inginkan PKR dan DAP berkuasa

Berikut adalah usul politik yang telah diluluskan oleh mesyuarat Agong PERKASA yang lalu berhubung dengan permainan politik orang Cina yang perlu disedari oleh orang-orang Melayu


Menyedari bahawa pimpinan negara melalui tempoh yang sukar kerana tidak mempunyai majoriti 2/3 di dalam parlimen dan politik orang Melayu sudah berpecah empat dan masing-masing memerlukan rakan parti bukan Melayu. UMNO sedang menghadapi kritikan dan tuntutan dari rakan-rakan parti dalam BN. Akibatnya rakyat bukan Melayu menjadi lebih bersuara dan mendesak dalam tuntutan mereka. Orang Melayu yang pro-pembangkang pun ikut sama menyuarakan tuntutan yang sama. Dengan suara Melayu tidak cukup kuat dan bersatu, ’political will’ atau kesungguhan politik pun tidak menyokong pembelaan nasib Melayu di tanah air sendiri

Menyedari ramai pengalisis politik meramalkan bahawa majoriti orang Cina diseluruh negara tidak akan memberi undi kepada BN/UMNO DALAM PRU 13 kerana 3 sebab utama:

1. Orang Cina merasakan bahawa mereka boleh menentukan siapakah yang akan menang di PRU 13.Iini adalah kerana persempadan kawasan pilihanraya DUN dan Parlimen pada masa kini menjadikan orang Cina sebagai penentu parti mana yang akan menang di PRU 13.

2. Orang Cina merasakan bahwa model pemerintahan pakatan rakyat semasa memerintah di Perak cukup menguntungkan mereka dan perlu dilaksana di seluruh negara

3. orang Cina merasakan bahwa PRU 13 merupakan peluang yang paling baik bagi orang Cina untuk berkuasa di Negara ini.

Menyedai akan hal ini maka NGO-NGO Cina seperti Ziong Dong dan Dewan Perniagaan Cina telah menggunakan sepenuhnya kesempatan dengan mendesak kerajaan dengan perlbagai desakan yang menguntungkan kaum Cina. Jika sekiranya tuntutan meraka tidak terima maka mereka akan mengugut mengundi pakatan Rakyat yang mana sanggup menyerahkan apa saja yang kaum Cina mahu.
Satu demi satu tuntutan mereka telah berjaya selepas PRU 12 antaranya adalah:.

1. Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera telah dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008 dan ini telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami kerugian dan ini juga bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu.

Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

2. Hasil desakan mereka yang konsisten maka kementerian Pelajaran telah memberi peruntukan sebanyak 1.8 bilion unutk sekolah2 Cina.

3. Hasil desakan mereka yang konsisten maka jumlah pelajar bukan bumiputra ke Maktab Tentera di Raja (RMC) telah ditingkatkan dari 10% kepada 30 %

Menyedari bahawa perhimpunan Agung Tahunan MCA (AGM) Ke-56 yang berakhir pada 7 Februari lalu, meluluskan lima resolusi merangkumi 16 perkara. Antaranya adalah

1. MCA meminta kerajaan menambah bilangan pengambilan bukan Bumiputera dalam perkhidmatan awam bagi memberi peluang kenaikan pangkat dan kebajikan dimana perlu diberikan secara adil selain lebih ramai masyarakat daripada pelbagai kaum dapat menyertai sektor awam.


2. MCA meminta kerajaan melaksanakan sepenuhnya perubahan dan inovasi kepada struktur dan mekanisme pertadbiran Barisan Nasional (BN) supaya konsep perkongsian kuasa dapat dilaksanakan dengan berkesan. PERKASA melihat mereka mahukan jawatan tinggi dalam BN seperti pengerusi, timbalan, setiausaha agung, bendahari dan jawatan penting lain digilirkan. Selepas itu, jawatan-jawatan tersebut akan digunakan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan jawatan-jawatan penting dalam kabinet termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini bukanlah isu baru, ia telah dibangkitkan sekian lama oleh parti ultra kiasu yang lain, cuma masih belum menjadi realiti.

3. MCA Menggesa kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ditawarkan oleh semua sekolah persendirian Cina selain menyediakan peruntukan kepada sekolah terbabit supaya lebih ramai pelajar yang berbakat dapat dipupuk.

4. Menggesa kerajaan untuk terus mengamalkan dasar pendidikan yang lebih liberal dan berbilang kaum supaya lebih banyak sekolah vernakular boleh ditubuhkan dan dimasukkan ke dalam program pembangunan nasional.

5. MCA turut meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).

Campur tangan mereka dalam hukuman sebat yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah adalah biadab ketika mana rumah tangga MCA sendiri berantakan. Tidakkah mereka sedar bahawa selama ini umat Islam di negara ini tidak pernah campur tangan sama sekali dalam urusan orang bukan Islam. Sesuatu yang dirasa 'menggugat' kedudukan mereka didesak habis-habisan manakala yang boleh diambil kesempatan dan peluang disokong tanpa berbelah bahagi seperti gagasan 1Malaysia, yang pada pandangan mereka berasaskan konsep sama rata dan sama rasa

6. MCA Menggesa kerajaan semua jabatan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan Biro Tata Negara (BTN) untuk mengubah suai kursus mengikut fakta sejarah dan menyerapkan konsep 1Malaysia ke dalam kurikulumnya.
adalah sikap ultra kiasu MCA. Resolusi ini memperlihatkan bahawa selama ini sejarahawan kita telah memutar-belitkan sejarah Tanah Melayu dan Malaysia. PERKASA ingin bertanya, di bahagian manakah yang telah diputar-belitkan. PERKASA teramat ingin melihat fakta sejarah manakah yang didakwa diselewengkan? Adakah kita mempunyai niat tersembunyi untuk mengubah fakta sejarah supaya lebih berpihak kepada kita?

Memandangkan akan hal ini, maka Mesyuarat Agong PERKASA membuat ketetapan seperti berikut:

1. Menentang sekeras-kerasnya usaha mana-mana pihak di dalam kerajaan untuk tunduk kepada desakan dan ugutan parti politik Cina dan NGO-NGO kaum Cina.

2. Menentang sekeras-kerasnya cadangan untuk mengorbankan hak-hak bumiputra bagi mendapat undi daripada kaum Cina.

Menyedari perpecahan di kalangan parti politik Melayu telah menyebabkan kaum minoriti menguasai kerajaan maka maka Mesyuarat Agong PERKASA

1. Meminta agar parti-parti politik Melayu khasnya UMNO dan PAS duduk semeja dan berbincang dan bersatu demi masa depan jenerasi islam dan Melayu serta Bumiputra di masa akan datang.

2. Meminta agar PAS dan UMNO mengadakan kerjasama stratejik yang mana boleh menjaga hak-hak Melayu dan bumiputra berdasarkan perlembagaan negarsa

No comments: