Sunday, April 17, 2011

REALITI POLITIK BARU : BN MAMPU MEMERINTAH TANPA UNDI KAUM CINA

Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana telah menang majority 2/3 di Sarawak dan sekaligus membentuk kerajaan negeri Sarawak. Nanum yang demikian, sokongan terhadap pembangkang telah meningkat berbanding pilihanraya negeri Sarawak tahun 2006. Pada 2006 BN menang 62 kerusi daripada 71 kerusi. Tetapi kali ini BN menang 55 kerusi daripada 71 kerusi. BN Sarawak telah kehilangan sebanyak 16 kerusi berbanding hanya 8 buah kerusi pada PRN Sarawak 2006.

Sepertimana yang di jangka pengundi bumiputera telah membuktikan kesetiaan mereka pada BN dengan menjadi penyumbang terbesar dalam kemenangan majoriti 2/3 BN diPilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak (PRUS).Tapi adalah sebaliknya apa yang BN dapat dari pengundi Cina terutama di kawasan bandar besar seperti di Sibu,Bintulu dan Miri. Pengundi Cina ibarat di beri madu tapi di balas hempedu pada BN. Tapi berlainan dengan masyarakat Melayu /Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Iban baik di bandar mahupun di pendalaman telah menunjukan sokongan mereka pada BN terus ampuh dan sedikitpun tidak termakan dengan janji janji manis yang di taburkan pembangkang.

Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak(PRUS) memberi bukti bahawa pengundi Cina yang membentuk hampir 40% daripada komposisi kaum di Malaysia tidak peduli akan peningkatan sokongan semasa terhadap BN serta pelbagai bantuan yang telah dicurahkan terhadap mereka. Boleh dikatakan pengundi Cina bersikap terus menekan untuk memperoleh pelbagai peruntukan tetapi akhirnya tetap berpihak kepada pembangkang terutamanya DAP.

Yang jelas, komuniti Cina menolak Barisan Nasional. Mereka secara majoritinya amat mementingkan diri sendiri. Mereka pasti menuntut pelbagai perkara termasuk hak-hak Bumiputera. Mereka tidak mahu mengambilkira atau diambilkira banyak mana `kekayaan' yang mereka kaut hasil usaha kerajaan selama ini. Mereka mahukan BN tunduk dan menyediakan dasar yang memihak kepada mereka dan tidak ambil kisah bahawa masih ramai Bumiputera di Sarawak malah di Sabah yang memerlukan dasar yang kukuh dan agenda pembangunan. Kita percaya inilah `pattern/corak' undi komuniti Cina pada PRU13 akan datang.

Sentimen pengundi Cina masih tetap berpihak kepada DAP, dan mereka benar-benar mahu melakukan perubahan. MCA telah gagal dalam menarik pengundi Cina agar kembali kepada BN - nampaknya tiada keyakinan pengudi Cina terhadap BN. Soalan yang perlu dijawab adalah, apakah Sarawak masih menjadi negeri selamat untuk BN menguasai kerusi Parlimen dalam PRU yang akan datang? Saya tidak fikir bahawa kerusi parlimen dari Sarawak akan terus menjadi talian hayat kepada BN. Kita harus berhati-hati dalam hal ini.

Majoriti kaum Cina telah pun membuat kata-putus untuk menyokong DAP. Kalau dahulu, mereka masih berbelah-bahagi samada mahu menyokong BN ataupun DAP, kini mereka sudah pasti bahawa DAP adalah pilihan mereka. Dahulu, mereka mungkin tidak percaya bahawa DAP boleh sampai ke tahap penguasaan seperti hari ini, sehingga boleh mentadbir sebuah negeri. Kini mereka telah percaya dan yakin bahawa DAP akan menjaga kepentingan kaum Cina dan mengenepikan keutamaan kaum Bumiputera. Peluang sebegini tidak akan mereka lepaskan. Kerana itu, BN kini semakin sukar untuk menang di kawasan majoriti Cina, dan hanya berpeluang di kawasan majoriti Bumiputera. BN beruntung dan masih mempunyai peluang yang tinggi kerana populasi Bumiputera masih lagi majoriti di Malaysia.


Namun, ia tidak memberi penguasaan yang mudah kepada BN kerana pergolakan politik kaum Bumiputera masih lagi hebat. Dengan kehilangan sokongan kaum Cina, pemimpin BN mula memberi kelebihan kepada kaum Cina. Sedikit demi sedikit keutamaan Bumiputera telah dihapuskan. Kalau dahulu ada Kementerian Pembangunan Usahawan di mana MARA bernaung, kini sudah tiada. MARA kini berkongsi peruntukan sebagai anak tiri Kementerian Luar Bandar.

Pemimpin UMNO juga telah memberi kelebihan kepada kaum Cina di dalam perlantikan bukan Bumiputera sebagai Ketua Setiausaha Kementerian yang dulunya disandang oleh Bumiputera. Antara Kementerian yang dikenalpasi adalah seperti berikut
1. Kementerian Kerja Raya dulu Melayu kini India
2. Kementerian Pelancongan dulu Melayu kini Cina
3. Kementerian Tenaga dan Hijau dulu Melayu kini Cina
4. Kementerian Perdagangan antarabangsa (MITI) dulu Melayu kini Portugis /India
5. Kementerian Sumber Manusia dulu Melayu kini India
6. Kementerian Pengangkutan dulu Melayu kini Cina

Kesemuanya dilakukan kerana ingin mendapatkan sokongan semula kaum Cina.

Apa yang tidak disedari oleh Pemimpin UMNO adalah mereka telah tersalah langkah kerana mengenepikan kaum Bumiputera hanya untuk mendapat sokongan kaum Cina. Sudah tiba masanya kerajaan memberi tumpuan yang serius dan menjaga kepentingan orang Melayu yang setia menyokong BN selama ini.



SAYA SETUJU DENGAN ANALISA AWANG SELAMAT DARI UTUSAN MALAYSIA BERTARIKH 17.4.2011 SEPERTI BERIKUT

Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.

Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum. BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar. Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang. Awang sudah lama bersedia.



Apa yang jelas keputusan PRUS dan beberapa siri PRK menyerlahkan sikap sebenar kaum Cina. Mereka akan menyokong perjuangan kaum mereka sahaja dan mementingkan diri mereka sendiri. Pada mereka semua yang dilakukan hanya untuk aku, aku, aku dan aku! Mulai saat ini strategi Dato Najib perlu diubah dalam memenuhi keperluan rakyat. Utamakan kepentingan kemajuan dan kesejahteraan orang Melayu, kaum bumiputera lain dan mungkin juga kaum India. Ini disebabkan golongan ini yang amat memerlukan pertolongan dan tahu berterima kasih. Bagi kaum Cina biar dicuba sedaya upaya membantu dan mengambil hati mereka, akhirnya mereka akan melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan bangsa mereka sahaja.

KINI DATO SERI NAJIB TIDAK BOLEH LAGI DILIHAT OLEH ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SEBAGAI TUNDUK DENGAN DESAKAN KAUM CINA SEHINGA SEMUA TUNTUTAN KAUM CINA DIPENUHI SEDANGKAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA MERASAKAN DIRI MEREKA TERPINGGIR DAN TERCICIR DI TANAH AIR SENDIRI.

PERKASA ADA SENARAI PANJANG RUNGUTAN-RUNGUTAN ORANG MELAYU YANG MERASAKAN DIRI MEREKA TERPINGGIR DAN TERCICIR DITANAH AIR SENDIRI. SEMUA RUNGUTAN TERSEBUT TELAH SUARAKAN DAN TERPULANG KEPADA DATO SERI NAJIB UNTUK MEMPERTIMBANGKANNYA. MOGA ALLAH MEMBUKA HATI DATO SERI NAJIB UNTUK MENDENGAR RINTIHAN MELAYU DAN BUMIPUTERA.

HARAPAN KITA JANGANLAH SEMASA PRU 13 NANTI, MELAYU DAN BUMIPUTERA MENGHUKUM DATO SERI NAJIB DAN UMNO KERANA MEMINGGIRKAN MELAYU DAN BUMIPUTERA. SEMASA ITU SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT.

REALITI POLITIK BARU IALAH BN MAMPU MEMERINTAH TANPA UNDI KAUM CINA. DATO NAJIB KINI PERLU MENGUBAL STRATEJI SOSIO-EKONOMI-POLITIK BARU DENGAN MENGUKUHKAN SOKONGAN MELAYU DAN BUMIPUTERA MELALUI PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH TANPA RASA TAKUT KEHILANGAN SOKONGAN UNDI DARI KAUM CINA YANG JELAS TELAH MENUNJUK WARNA POLITIK MEREKA YANG ANTI UMNO.

Saturday, April 16, 2011

PERKASA TUBUH PEMANTAU




KUALA LUMPUR 10 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menubuhkan sebuah badan pemantau yang berperanan dalam memantau segala program pelaksanaan kerajaan berkaitan agenda ekonomi bumiputera.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, dengan penubuhan badan dikenali sebagai Badan Pemantau Prestasi Bumiputera (Pemantau) itu, ia bakal menjadi pusat sehenti untuk mana-mana kumpulan, individu atau syarikat bumiputera membuat aduan berhubung segala pelaksanaan program berkenaan.

''Kerajaan baru-baru ini menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Perkasa merasakan perlu adanya sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memantau pelaksanaan unit berkenaan dan juga program-program lain yang diusahakan kerajaan berkaitan agenda ekonomi bumiputera.

''Untuk itu, Perkasa menubuhkan Pemantau. Ada dua mekanisme bertindak dalam Pemantau iaitu Jaringan Penyelidikan dan Bilik Agenda Perang Melayu (Mawar).

''Kedua-dua mekanisme ini akan digunakan untuk mencari kaedah terbaik dalam meningkatkan lagi pelaksanaan segala program berkaitan ekonomi bumiputera,'' katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa di Kelab Sultan Sulaiman dekat sini hari ini.

Kata Ibrahim, Pemantau akan ditubuhkan dalam masa terdekat ini dengan diketuai Naib Presiden yang juga Pengerusi Biro Ekonomi Perkasa, Dr. Zubir Harun.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan pelantikan Irwan Fahmi Ideris selaku Ketua Wira Perkasa yang baru manakala naibnya, Nurul Izham Anuar.

Bagi Ketua Wiranita Perkasa yang baru pula, jelasnya, Dewan Tertinggi Perkasa sebulat suara untuk melantik Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin manakala naibnya, Syazrina Sharani.

''Ketua Wira dan Ketua Wiranita sebelum ini bertindak meletak jawatan atas sebab peribadi dan komitmen lain.

''Kita juga melantik bendahari yang baru iaitu Dr. Marzuki Ibrahim bagi menggantikan Datuk Shuib Lazim manakala Yang Dipertua Perkasa Wilayah Persekutuan sebelum ini iaitu Datuk Mokhtar Samad digantikan dengan Saifuddin Abdul Hamid,'' tambahnya.