Perkasa telah memanggil mesyuarat biro ekonomi Perkasa ekoran pengumuman Model Ekonomi baru yang dibentang oleh Dato Najib pada 30.3.2010. Setelah mengkaji isi kandungan Model Ekonomi Baru tersebut maka Perkasa membuat ketetapan seperti berikut;
1. PERKASA mengalu-alukan Model Ekonomi Baru yang diumumkan oleh PM Dato Najib untuk mengubah ekonomi menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
3. PERKASA juga mengalu-alukan MEB kerana Dato Najib memberi jaminan bahawa kaum bumiputra termasuk dari Sabah dan Sarawak tidak dipinggirkan di dalam “affirmative action” model Ekonomi Baru. dimana akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan tahap pendapatan semua golongan yang kurang bernasib baik. Ia akan memberi fokus terhadap keperluan seluruh rakyat – mereka yang tinggal di rumah panjang di Sabah dan Sarawak serta golongan miskin luar bandar di Semenanjung Malaysia yang seringkali tersisih daripada aktiviti ekonomi negara. Golongan nelayan, peniaga kecil dan petani juga tergolong dalam kategori ini. Begitu juga Orang Asli dan penduduk bandar yang berpendapatan rendah yang bekerja keras untuk menyara kehidupan dalam keadaan ekonomi yang sukar.
4. PERKASA juga mengalu-alukan MEB kerana ianya akan menberi fokus terhadap kumpulan 40 peratus strata pendapatan terendah di Malaysia – dari segi individu dan wilayah. Merekalah merupakan golongan yang kurang bernasib baik yang masih memerlukan perhatian khusus.
Walaubagaimanapun PERAKSA mendapati MEB tidak memberi gambran jelas bagaimana ianya boleh dilaksanakan
5. PERKASA juga mengalu-alukan perakuan dan kenyataan DS Najib iaitu bahawa
“ …. golongan Bumiputera masih merupakan majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas, walaupun dalam pelbagai pendekatan, sementara pendekatan baru kita akan membantu mereka yang terdiri daripada kumpulan berpendapatan rendah. Pendekatan ini sebahagian besarnya masih lagi akan memanfaatkan komuniti Bumiputera dan pada masa yang sama, memberi manfaat kepada komuniti lain yang kurang bernasib baik.
6. PERKASA juga mengalu-alukan kenyataan Dato Seri Najib telah menyatakan bahawa beliau menyokong DEB dan menganggap obkektif DEB masih relevan dan model ekonomi baru akan mempunyai elemen tindakan afirmatif dari Dasar Ekonomi Baru tetapi ianya akan disesuaikan/ diperbaharui akan dilaksana berdasarkan empat prinsip, ia
1. mesti mesra pasaran,
2. mesti berdasarkan merit,
3. mesti telus
4. mesti berdasarkan keperluan (needs based).
Walaubagaimanapun PERKASA berharap pendekatan perlaksanaan 4 prinsip diatas hendaklah dilaksana dengan mekanisma yang betul bagi memastikan ianya mencapai kejayaan. Jika pendekatan mesra pasaran dan meritrokrasi tidak di beri definasi yang jelas maka ianya akan menimbulkan ketidakpuasan dikalangan Masyarakat Perindustrian Dan Perdagangan Bumiputra.
PERKASA berharap konsep mesra pasaran di dalam model MEB ini tidak membawa maksud bahawa semua tawaran tender-tender kerajaan yang selama ini diberi kepada bumiputra dibuka kepada bukan bumiputra
7. PERKASA mengambil serius cadangan National Economic Action Council (NEAC) untuk menubuhkan Equal Opportunity Commission (EOC) bagi memastikan tidak ujud diskriminasi dan ketidakadilan. Pada pendapat PERKASA nama EOC itu sendiri membawa maksub yang bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama dan ini sangat bertentangan dengan Fasal 153 Pelembagaan Negara.
8. PERKASA kecewa kerana MEB yang dikemukakan oleh NEAC telah gagal membentangkan kenyataan polisi mengenai agenda untuk membangunkan Masyarakat Perindustrian Dan Perdagangan Bumiputra (MPPB). Sehubungan dengan itu PERKASA mendesak agar kerajaan :
a. Memastikan sokongon kerajaan secara berterusan kepada MPPB bagi membina dan memperkukuhkan keupayaan dan daya saing di pasaran tempatan dan meneroka peluang di luar negara. Ini perlu dilakukan melalui pelbagai bantuan dana, program latihan, idea, pemudahcara dan insentif yang ditawarkan untuk perkhidmatan tempatan. Model MPPB yang telah berjalan semenjak 2006 melibatkan 13 kluster industri PERLU diperluas dan diperkasakan dalam MEB (Model Ekonomi Baru)
b. Di dalam memastikan “affirmative action” model Ekonomi Baru berjaya maka PERKASA mencadangkan agar peranan MARA dipertingkatkan keupayaannya. Ini boleh dilakukan dengan cara mengembalikan MARA kepada fungsi asal seperti termaktub dalam Akta MARA membolehkan MARA lebih fokus kepada tanggungjawab dalam sektor pendidikan, pembangunan usahawan mikro dan usahawan skala IKS. PERKASA mencadangkan MARA dipertingkatkan peranannya dengan meletakkannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan Pengerusi MARA dinaik taraf menteri yang mempunyai NKRA membangunkan usahawan Bumiputra
c. Di dalam memastikan “affirmative action” Model Ekonomi Baru berjaya PERKASA mencadangkan agenda pembangunan ekonomi Bumiputra sebagai NKRA disetiap kementerian dan agensi kerajaan dengan menyediakan polisi, program dan outcome yang terperinci dan menjadikan agenda pembangunan ekonomi Bumiputra sebagai salah satu kriteria kebertanggungjawaban Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam penilaian prestasi dan perlantikannya.
d. Di dalam memastikan “affirmative action” Model Ekonomi Baru berjaya PERKASA mancadangkan agar Syarikat GLC perlu memasukkan pembangunan usahawan Melayu sebagai NKRA mereka dengan menyediakan polisi, program dan outcome yang terperinci dan menjadikan pembangunan usahawan sebagai salah satu kriteria kebertanggungjawaban Ketua Pegawai Eksekutifnya dalam penilaian prestasi dan perlantikannya.
9. Semasa pertemuan PERKASA dengan Tan Sri Amirsham, kita mendapati bahawa National Economic Action Council (NEAC) tidak mempunyai data-data terkini yang lengkap mengenai sosio ekonomi negara, PERKASA bimbang pihak National Economic Council mengubal polisi berdasarkan data yang yang tidak terkini dan ini akan menyebabkan MEB akan gagal.
PERKASA akan mendapat maklumat terpinci daripada National Economic Action Council (NEAC) dan mengadakan persidangan Meja Bulat NGO-NGO Melayu bagi menyatakan pendirian Majlis Perundingan Melayu terhadap MEB di dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment