Monday, January 18, 2010

SERAMAI 4.39 JUTA LAYAK MENGUNDI BELUM DAFTAR SEBAGAI PEMILIH


Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut nisbah penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar,” katanya ketika dihubungi Isnin.

Bernama meelaporkan sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang. – 18/1/2010
ULASAN
Angka 4.39 juta terlalu besar. Ia fenomena ini amat menakutkan. Jika melihat angka ini, ia sudah melangkaui jumlah yang munasabah. Ini situasi yang luar biasa. Mengapa fenomena dan sindrom ini berlaku kepada jenerasi Melayu dan lebih khusus lagi kepada bakal pengundi muda masa kini? Sepatutnya, semua pihak yang responsif dan cakna dengan politik akan memberikan partisipasi yang menggalakkan untuk melibatkan sebagai agen dalam sistem demokrasi negara ini.
Menurut teori Sains Sosial, kewujudan kelompok yang “kurang berminat” untuk berkecimpung dengan politik sekitar mereka digelar sebagai kelompok “Paroxial”. Kelompok paroxial ini seakan mati daya dan deria mereka untuk mengambil peduli tentang perkembangan politik. Kebiasaannya, kelompok paroxial ini tidak banyak dalam sistemik sesebuah masyarakat. Jumlahnya lebih kurang 5 peratus sahaja. Oleh itu, jumlah 4.39 juta ini membawa makna besar, iaitu majoriti anak muda Melayu menjadi kelompok paroxial dan tidak berminat dengan politik!

Ini juga boleh ditafsirkan sebagai gerakan kempen Pemuda UMNO menerusi Putera UMNO, Puteri UMNO dan pelbagai front politik kepartaian melayu gagal menarik golongan ini untuk meminati politik.
Nampaknya UMNO sibuk menganjurkan kursus untuk ahli-ahli UMNO yang sukar dipulihkan semangatnya dan mengabaikan 65 peratus golongan bumiputra yang belum berdaftar sebagai pengundi. Tidakkah peminpin UMNO sedar bahawa ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera telah mendaftar dan bersedia untuk mengundi di dalam PRU 13 dan seterusnya mengundi PAKATAN Rakyat unruk mengambilalih negara ini.
Jika tiada usaha di buat oleh kepimpinan UMNO, maka tunggu lah hari pembalasan. UMNO akan kehilangan kuasa memerintah. Pada masa itu terjadi peristiwa " air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang"

No comments: