Monday, January 4, 2010

PENDIRIAN PAS DAN DR HARON DIN KINI BERBEZA. ADAKAH PAS KINI SUDAH KUFUR BERDASARKAN KENYATAAN DR HARON DIN?

TERBARU PAS telah mengambil pendirian “terbuka” dalam isu penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi Malaysian Insider,.

Apa yang jelas didapati tidak ada di mana bahagian dalam laporan ini yang menyatakan dengan tegas bahawa Pas menentang terjemahan perkataan `God' kepada `Allah' oleh Gereja Katolik dan tiada langsung desakan agar kerajaan membuat rayuan yang kukuh terhadap keputusan Mahkamah Tinggi; apa lagi untuk memohon campur tangan Raja-raja Melayu dalam isu ini.


Pendirian PAS ini jelas bertentangan dengan pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang berkata bahawa mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik. "Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. "Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini. Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan. M-Star.

Jika fakwa Datuk Dr Haron Din ini dijadikan panduan maka PAS kini sudah menjadi KUFUR.

1 comment:

Apache said...

ditelan mati nik aziz...diluah mati anwar ibrahim..akhirnya karpal yang kujunjung...alahai parti aziz sekeluarga