Friday, January 8, 2010

ISU KALIMAH ALLAH: PERKASA PAHANG DESAK KERAJAAN GUNA AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI

BENTONG 8 Jan. - Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Negeri Pahang mendesak kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas mereka yang mem­persendakan agama Islam terma­suk mencemar kesucian kalimah Allah. Yang Dipertua Perkasa Negeri, Dr. Zubir Harun berkata, ISA di­lihat mampu memberikan kesan terhadap individu, pertubuhan atau pengamaI agama lain yang cuba menghina atau membangkitkan isu sensitif terhadap umat Islam. "Kita bimbang jika isu ini tidak ditangani segera dan tiada seba­rang tindakan yang konkrit, kita bimbang ia akan berulang lagi di masa depan.

"Pihak berkenaan yang cuba me­ngunakan kalimah Allah cuba me­nguji kesabaran dan sejauh mana kekuatan umat Islam negara ini dengan berselindung di sebalik Perlembagaan Negara;' kata Dr Zubir.

Beliau berkata demikian selepas Demonstrasi Membantah Penggu­naan Nama Allah oleh Majalah Herald-The Catholic Weekly di pe­karangan Masjid Bandar Bentong di sini hari ini. MaIah kata beliau, isu itu boleh menyebabkan perpaduan kaum yang sudah dipupuk sejak zaman merdeka boleh hancur apabila ada pihak yang cuba mengenepi semangat toleransi antara kaum dan agama. Beliau hairan kenapa pihak ber­kenaan hendak menggunakan ka­limah Allah sedang umat Islam ne­gara ini tidak pernah mengganggu atau menghina agama bukan Islam.

Sehubungan itu Dr. Zubir berharap kerajaan memperkemas Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan nama Allah hanya boleh digunakan oleh agama dan orang Islam sahaja. Katanya, perlembagaan sedia ada kini banyak disalah tafsir dan digunakan sesuka hati oleh in­dividu tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan konflik. "Sekurang-kurangnya, Per­lembagaan yang sudah diper­kemas ini tidak boleh digang­gu-gugat untuk menimbulkan sebarang kekecohan dalam ma­syarakat di negara ini;' kata beliau.

Perhimpunan secara aman itu diadakan selepas Sembah­yang Jumaat dan disertai lebih kurang 50 orang terdiri dari ahli Perkasa, Pertubuhan Ke­bajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida) dan orang awam. (Utusan Malaysia 8 Jan 2010)

No comments: