Friday, January 8, 2010

PAS KINI PARTI YANG KUFUR/SYRIK

Meskipun Ketua dan Naib Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Haron Taib dan Datuk Haron Din menolak keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald (risalah dakwah Kristian) dalam bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah sebagai ganti kepada God namum mesyuarat Lajnah Politik Pas membuat keputusan menyokong Gereja Kristian Katholik Malaysia menggantikan perkataan God kepada Allah.

Apa yang jelas PAS kini sedang menuju perpecahan akibat terlalu mengikut alunan poltik PKR pimpinan Anwar Ibrahim yang mendorong PAS mengikut pendirian PKR didalam isu kalimah Allah ini. Pepecahan ini boleh dikesan apabila Hadi Awang hanya membuat kenyataan bertulis untuk dibaca oleh Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad. Persoalannya mengapa Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa, Naib Presiden Salehuddin Ayub dan Setiausaha Agung Mustafa Ali yang berada di dalam Hirarki lebih atas parti tidak mahu membaca kenyataan Presiden parti mereka?

Isu yang sebesar ini boleh dianggap remeh oleh PAS malah menuduh UMNO dengan berbagai tuduhan termasuk tuduhan ingin mencari nafas bagi kelansungan hayat politik UMNO. Tidakkah ada sedetik pun terfikir di dalam fikiran pimpinan tertinggi PAS bahawa ada niat untuk menyebarkan dakyah kristian kepada jenerasi muda dimasa akan datang disebalik penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya


Ulasan dari Datuk Dr Haron Din yang merupakan ulama tersohor itu telah merosakan image pas, PAS masih flip flop dalam isu penggunaan nama ALLAH, pas tidak konsisten. Sikap flip flop PAS ini memeningkan ahli dan penyokongnya sendiri, sudah ada ahli dan penyokongnya bertanya mana satu yang betul ni, dewan ulama pas ke yang betul? nik ajis ke yang betul atau Haron din dan Taib Azzamuddin yang betul. Blogger-blogger pro PAS nampaknya terkial-kial mencari isu untuk melakukan spin.

JIKA dahulu PAS menghina UMNO kerana pelbagai isu berkaitan ISLAM kini ahli PAS dan penyokongnya sendiri sudah mula mengutuk keputusan mesyuarat Lajnah Politik Pas yang menyokong Gereja Kristian Katholik Malaysia menggantikan perkataan God kepada Allah.

Jika PAS berharap bahawa dengan menyokong Gereja Kristian Katholik Malaysia menggantikan perkataan God kepada Allah mereka akan mendapat undi CIna dan penganut kristian di dalam PRU 13 maka strategi ini akan berjaya TETAPI di dalam masa yang sama PAS akan kehilangan sebahagian besar undi Melayu. PRU 13 akan menyaksikan PAS kehilangan banyak kerusi di kawasan Melayu dan PAS akhirnya akan dipinggirkan oleh PKR dan DAP. PAS nanti umpama “melukut di tepi gantang” dan kini sudahpun ada tanda-tandanya.


PAS mesti lah bertaubat kerana mereka sudah menjadi kufur dan syirik berdasarkan pendirian dan kenyataan Datuk Dr Haron Din…. "Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. "Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,"
M-Star.

No comments: