Monday, January 25, 2010

MODEL DEB TUN RAZAK DAN MODEL EKONOMI BARU DATO NAJIB

Sempena pelancaran Perkasa Negeri Pahang pada 24.1.2010 di Temerloh Pahang, saya telah berucap tentang ekonomi orang-orang Melayu. Berikut adalah tek ucapan saya untuk di kongsi bersama.

1. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan.

2. Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Satu perkara yang mungkin gagal disedari oleh orang Melayu bahawa biasiswa adalah salah satu keistimewaan ( privileges ) orang Melayu yang dijamin di dalam Perlembagaan (Perkara 153). Jumlah biasiswa pelajar bukan bumiputera yang dinaikkan daripada 10% kepada 45% mulai tahun 2008 telah menyebabkan pelajar bumiputra mengalami kerugian dan ini bertentangan dengan peruntukan Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu. Isu biasiswa ini bukan sesuatu yang boleh diguna sebagai justifikasi politik. Ia adalah hak yang telah diperlembagakan.

4. Sejak negara ini merdeka pada 1957, Tun Razak telah menjadi Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada penubuhan MARA bagi membantu orang Melayu dan Bumiputera. Namum demikian kita merasa dukacita bila mendapati peruntukan untuk MARA bagi tahun 2010 telah dikurangkan.
5. Sehubungan dengan itu, PERKASA negeri Pahang mendesak kerajaan agar Menambah peruntukkan kepada MARA dan agensi dibawahnya bagi membantu golongan bumiputra. Jika sekolah Cina mendapat 1.8 bilion dariapda kerajaan maka apa salahnya MARA juga mendapat peruntukkan yang lebih.

Sementara kita masih ada kuasa yang sedikit ini maka pimpinan negara perlu mengunakan sepenuhnya kuasa unutk memastikan kuasa politik terus ditangan orang2 Melayu dan memastikan orang Melayu terbela.Memimjan kata Allahyarhan Azman Atar

When you are in power , you must use your power powerfully or else your are a bloody fool

Tidak lama lagi kerajaan akan mengubal model Ekonomi Baru

6. Sehubungan dengan itu, PERKASA negeri Pahang mendesak kerajaan agar Model Ekonomi Baru yang akan digubal oleh pihak kerajaan WAJIB menjadikan Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Ekonomi Baru. Untuk ini saya baca serangkap pantun

Burung gagak mandi berembun
Hinggap sejenak diatas titi
Alangkah bodoh melayu berkebun
Pinang ditanam, kelapa yang mati

7. Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini tidak diberi penekanan di dalam Model Ekonomi Baru maka orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir di negara asal mereka sendiri.

8. Model Ekonomi Baru tidak boleh lagi berdasarkan sajak Usman Awang .......Baiknya hati Melayu tiada terbandingan, Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran".....

No comments: