Tuesday, January 26, 2010

TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI JAWAB ISU MERITOKRASI

Sempena pelancaran Perkasa Negeri Pahang pada 24.1.2010 di Temerloh Pahang, saya telah berucap menyentuh isu sistem meritokrasi yang bertentangan dengan perkara 153 hak istimewa orang Melayu. Berikut adalah tek ucapan saya untuk di kongsi bersama.

1. Tan Sri Musa Mohamad Menteri Pendidikan ketika itu telah memperkenalkan sistem meritokrasi dengan menghapuskan Sistem Kuota untuk anak-anak bumiputera masuk ke IPTA di negara ini. Kesan sistem meritokrasi (yang menggantikan sistem kuota dimana sistem kuota memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India) yang telah dilaksanakan di Universiti Malaya untuk kemasukan pelajar pada sessi 2002/2003 telah menyebabkan pelajar bumiputra di bidang-bidang kritikal berkurangan. Contonhya dibawah sistem kouta, 103 pelajar bumiputra sepatut diambil tetapi dengan sistem meritokrasi jumlah pelajar bumiputra diambil hanya 78 orang manakala bukan bumiputra pula dibawah sistem kouta sepatutnya hanya 51 saja diambil tetapi dengan sistem meritokrasi jumlah pelajar bukan bumiputra diambil meningkat menjadi 82 orang. Trend ini berlaku untuk semua fakulti bagi bidang-bidang kritikal.


2. Dengan menjadikan Universiti Malaya sebagai tanda aras ( bagi trend kemasukan pelajar bukan bumiputra yang bertambah akibat sistem meritokrasi) maka jumlah pelajar bumiputra yang memasuki semua IPTA bagi bidang kritikal IPTA adalah rendah berbanding kaum lain. Trend ini terus berlaku untuk tempoh hampir 8 tahun dan ini telah mengakibatkan pelajar Melayu berkurangan di dalam bidang- bidang kritikal di semua IPTA. Setelah hampir 8 tahun sistem meritrokrasi dilaksanakan, tiba-tiba bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad mula rasa bimbang dengan jumlah kemasukan pelajar Melayu ke IPTA terutama di dalam bidang kritikal yang didapati semakin berkurangan berbanding kaum lain. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009). Kebimbangan ini berasas apabila Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009).

3. Sehubungan dengan itu, Perkasa Negeri Pahang mendesak kerajaan agar mengembalikan sistem kouta sebagai dasar bagi kemasukan ke semua IPTA yang mana memperuntukkan 55% untuk Bumiputera: 35% Cina: 10% India. Ini adalah kerana sistem meritokrasi bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.

Berikut adalah reaksi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifudin yang turut hadir baca disini utusan malaysia.

UiTM tawar 100,000 lagi tempat


TEMERLOH 24 Jan. - Peluang pelajar bumiputera untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih terbuka luas apabila Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan 100,000 lagi tempat bagi sesi akan datang. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan tawaran yang lebih luas itu, UiTM menyediakan 200,000 tempat bagi pelajar bumiputera bagi sesi 2010/2011 berbanding kira-kira 100,000 tempat pada masa ini. Bagaimanapun, jelas beliau, penyediaan tempat yang lebih banyak itu tidak membabitkan penambahan kampus UiTM sedia ada di seluruh negara.'Penawaran lebih banyak tempat bagi pelajar memasuki UiTM akan membolehkan semakin ramai pelajar bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang di universiti itu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) peringkat daerah Temerloh yang dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Tun Razak di sini hari ini.Hadir sama pada majlis itu, Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali.


Saifuddin mengulas desakan Perkasa Pahang yang mahu kerajaan memansuhkan sistem meritokrasi dengan melaksanakan semula sistem kuota bagi kemasukan pelajar ke IPTA.


Yang Dipertuanya, Dr. Zubir Harun dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sistem meritokrasi menyebabkan bilangan kemasukan pelajar bumiputera dalam jurusan kritikal semakin berkurangan berbanding sebelum sistem tersebut dilaksanakan. Mengulas lanjut, Saifuddin memberitahu, pihaknya akan mengkaji saranan Perkasa negeri itu berdasarkan statistik kemasukan pelajar sejak pelaksanaan sistem meritokrasi itu hingga kini. Beliau tidak menafikan bilangan kemasukan pelajar bumiputera ke IPTA pada tahun pertama sistem itu dilaksanakan pada 2003 menunjukkan pengurangan .


''Namun, kita perlu melihat secara keseluruhan statistik itu hingga tahun ini dan jika ia menunjukkan peningkatan, kita akan teruskan tetapi jika sebaliknya, mungkin kita akan kaji semula," jelasnya. Bagaimanapun, tambah beliau, secara keseluruhannya sistem meritokrasi tidak menggugat kemasukan pelajar bumiputera terutama Melayu ke IPTA.


''Soal pelajar Melayu ketinggalan dalam penempatan di jurusan kritikal tidak timbul sama sekali dan kita melihat sistem ini tidak menggugat pelajar bumiputera," jelasnya.

ULASAN SAYA

Kenyataan Dato Saifudin ini bertentangan dengan kenyataan Datuk Khalid Nordin pada 1.10.2009 yang lalu iaitu seperti berikut:

" Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin mengakui jumlah pelajar Melayu dalam bidang kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) agak rendah berbanding kaum lain di negara ini. Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar Melayu semakin meningkat di IPTA tetapi kebanyakannya tertumpu dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009)"

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi pelu mengeluarkan stastitik yang telus agar NGO-NGO melayu boleh membuat penilaian terhadap sistem meritokrasi . Ini adalah penting bagi menyelamat anak-anak bumiputra daripada menjadi mangsa sistem sistem meritokrasi yang jelas bertentangan dengan perkara 153 hak istimewa orang Melayu.

No comments: