Friday, June 11, 2010

RESOLUSI KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA: MODEL BARU EKONOMI (MBE)

RESOLUSI
KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA:
MODEL BARU EKONOMI (MBE)

MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM)

Tema : Memperkasakan Ekonomi Bumiputera

PERISYTIHARAN 15 JAMADIL AKHIR1431 / 29 HB MEI 2010




Dengan nama Allah Yang Pemurah dan Penyayang


BAHAWASANYA, Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada – 15 Jamadil Akhir 1431 / 29 hb Mei 2010 yang dianjurkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan disertai lebih 1000 orang perwakilan dari 110 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat kebangsaan, para akademik, ahli politik dan peminpin masyarakat seluruh negara dengan ini telah bermuafakat untuk menyatakan pendirian bersama seperti berikut:

Kongres Ekonomi Bumiputera: MBE mengalu-alukan Model Baru Ekonomi (MBE) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengubah ekonomi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Baca seterusnya disini

LAPORAN RINGKAS MENGENAI KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA (KEB) YANG DIANJURKAN OLEH MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM) PADA 29 MEI 2010

1. Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada 29 Mei 2010 dihadiri oleh lebih 1000 orang telah mengupas luar dalam Model Baru Ekonomi (MBE). MBE tersebut telah dibentangkan oleh Prof. Dr Normah, Setiausaha Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dan diulas pula oleh empat orang ahli panel – Senator Datuk Akbar Ali, Datuk Halipah Esa, En. Rajani Ramlan dan Prof. Datuk Ramlah Adam.

2. Tujuan MBE untuk melonjakkan Negara ke tahap berpendapatan tinggi, dari GNP Per Kapita US7,250 (2008) ke US$15,000 (2020), adalah baik dan disokong. Tetapi, setelah mengkajinya dengan teliti, KEB, dengan sebulat suara, telah menerimanya secara bersyarat atau pada prinsipnya ianya DITOLAK. Pendirian ini terpahat dalam Resolusi yang mengandungi 31 syor.

3. Pendirian tersebut dibuat kerana didapati:

3.1 MPEN mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB); yang demikian mengingkari arahan DSN yang mahu objektif DEB terus dikekalkan tetapi kaedah pelaksanaannya yang perlu ditransformasikan;
3.2 MPEN tidak berlaku adil kepada DEB dengan meletakkan kesemua kegagalan / kelemahan pengurusan ekonomi negara ke atas Dasar tersebut dan, yang demikian, tujuan sebenar adalah untuk menyerang dan menghina pemimpin Melayu, khususnya, Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir;
3.3 MPEN menghumbankan ke longkang hak-hak keistemewaan Bumiputera di bawah Perkara 153, Perlembagaan Negara dan Peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengannya;
3.4 MPEN tidak menyatakan dengan jelas agenda pembangunan Bumiputera; hanya dua kali perkataan ‘Bumiputera’ disebut dalam buku Ringkasan Eksekutifnya;
3.5 MBE tidak menjamin output / outcome kerana MPEN lebih mengutamakan proses daripada output / outcome; bertentangan dengan arahan TSMY;
3.6 Potensi outcomenya membimbangkan di mana jurang akan semakin melebar dan Bumiputera akan semakin terpinggir – umpama ayam di kepuk mati kelaparan, itek di air mati kehausan;
3.7 MBE boleh menjadi alat untuk menjajah Bumiputera
3.8 MBE boleh menjadi senjata untuk menumbangkan kerajaan (BN) kerana analisanya yang tidak seimbang – menelanjangkan kelemahan / kegagalan kerajaan (BN) dan kurang memaparkan kejayaannya;
3.9 Kerangka teori MBE agak lemah;
3.10 Bahasa yang digunakan oleh MPEN terhadap kerajaan adalah keras dan kasar; dan
3.11 MPEN tidak jujur serta membuat perbandingan yang tidak adil terhadap usaha kerajaan.

4. Majlis Makan Malam pada 29 Mei 2010 anjuran MPM

Majlis Makan Malam pada 29 Mei 2010 anjuran MPM sempena penyerahan Resolusi tersebut kepada DSN, beliau membuat pengakuan berikut

4.1 menegaskan bahawa MBE adalah dokumen MPEN, bukan dokumen kerajaan; ia belum dimuktamadkan (makna PM menjauhkan diri dari dokumen berkenaan);

4.2 memberi jaminan MBE tidak ketepikan agenda Melayu dan Bumiputera;

4.3 meminta orang Melayu jangan khuatir, beliau akan meneliti semua pandangan, termasuk daripada MPM sebagai rakan perundingan utama; dan

4.4 memberi pengakuan bahawa sebagai Presiden UMNO, tidak mungkin beliau tidak mendengar suara orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk Malaysia.

AGENDA BUMIPUTRA DALAM RMK 10: PERKASA UCAPKAN TERIMA KASEH PADA DATO NAJIB

PERKASA ingin merakamkan rasa terharu atas prihatin YAB Perdana Menteri mendengar hasrat orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak didalam menletakkan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10.

Ini jelas dilakukan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi akan diketuai oleh Perdana Menteri sendiri untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan bumiputera. Majlis ini akan dianggotai beberapa menteri kabinet, pegawai kanan kerajaan serta pihak swasta dan. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, akan menjadi urusetia kepada majlis ini, manakala Unit Pengurusan Projek, Kementerian Kewangan akan memantau program yang berkaitan untuk memastikan pelaksanaan yang efisien dan efektif.

Sesungguhya penubuhan majlis peringkat tertinggi akan dapat mengubat rasa kecewa Melayu dan bumiputra Sabah/Sarawak terhadap pembuburan MECD dahulu. YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jelas sangat prihatin akan hal ini dan PERKASA merakam ucapan terima kasih. Selain daripada itu MPM juga mengalu-alukan sasaran 30% penyertaan Bumiputra kekal bagi semua sektor sratejik dan sektor baru

PERKASA mengalu-alukan inisiatif pertama iaitu untuk meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian melalui program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dan diperluas bagi menggembleng pelbagai dana dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera.

PERKASA mengalu-alukan inisiatif kedua untuk mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera dengan penubuhan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah yang bertujuan untuk mengurangkan kekangan kepada bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial dan industri, serta mendapat faedah daripada peningkatan nilai hartanah

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif ketiga iaitu menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan bumiputera. PERKASA mengalukan peruntukan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebanyak RM3 bilion dan RM1.5 bilion untuk kemudahan pembiayaan.

PERKASA mengalu-alukankan inisiatif keempat iaitu membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih tuntas.

Walaupun semua tuntutan PERKASA tidak dipenuhi namun PERKASA sangat berpuas hati. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil kira resolusi-resolusi kongres dan PERKASA menyeru orang Melayu supaya terus memberi memberi sokongan yang tidak membelah bagi kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam usaha menjayakan agenda pembangunan bumiputera kedalam RMK10