Monday, March 29, 2010

UMNO TELAH BINCANG LEBAR MENGENAI MODEL EKONOMI BARU (MEB)


Malaysian Insider telah melaporkan bahawa UMNO telah menbincangkan MEB ( sila baca) seperti berikut

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Datuk Seri Najib Razak berkata Model Ekonomi Baru (MEB) yang bakal dilancarkan Selasa ini telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno malam tadi dengan harapan segala pendekatan dan kaedah pelaksanaan akan mendapat sokongan semua pihak.

“Kita sedar apapun kita buat, ia perlu mesra pasaran dan mendapat sokongan rakyat,” kata Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini malam tadi.

Butiran MEB akan diumumkan dalam dua peringkat — fasa awal minggu depan dengan disusuli dengan fasa kedua ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.
Mesyuarat itu berlangsung kira-kira tiga jam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MEB perlu dipastikan untuk mencapai matlamat dan objektif transformasi negara sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu, MEB yang akan dibentangkan oleh kerajaan pada minggu depan dibincangkan dengan panjang lebar pada mesyuarat itu.

MT telah membincangkan tentang kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk mendapat sokongan dan keyakinan golongan Bumiputera, bukan Bumiputera, pelabur asing dan pasaran global, kata Presiden Umno.

Beliau juga berkata mesyuarat MT Umno malam tadi telah diberikan penjelasan mengenai keadaan ekonomi semasa.

Mengenai pelantikan Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mewakili negeri itu dalam perbincangan royalti minyak dengan kerajaan Persekutuan, Najib berkata itu adalah “keputusan kerajaan negeri (Kelantan)”.

Beliau berkata wang ihsan dan sumbangan dari kerajaan pusat akan dibuat berdasarkan perlembagaan negara dan demi kebaikkan rakyat Kelantan.

No comments: